BAU HARUM 3 HARI

Minda Sarjana yakin Teachers Perfume mendapat sambutan lelaki dan wanita

SUMBER DARI HARIAN METRO


MINDA Sarjana Enterprise, syarikat pengeluar minyak wangi jenama Teacher’s Perfume menyasarkan jualan antara 20,000 hingga 30,000 kotak minyak wangi itu manakala jumlah stokis, ejen dan pengedar bertambah kepada 200 orang menjelang akhir tahun ini.
Pengasas syarikat itu, Jamaludin Hashim, 49, berkata meskipun baru dipasarkan Disember lalu, minyak wangi berkenaan kini sudah terjual lebih 8,000 kotak dan melalui promosi secara agresif, pihaknya yakin sasaran itu bakal dicapai.

“Istimewanya, bau minyak wangi ini yang dihasilkan daripada pati bunga-bungaan yang diimport dari Iran, Turki dan Afghanistan mampu bertahan kira-kira tiga hari sesuai dengan moto kami, ‘Wangian Hebat Bau Melekat, Hari-hari Wangi’.


“Selain itu, apa yang lebih penting, ia halal kerana dihasilkan daripada pati bunga-bungaan, berkualiti, tiada alkohol, boleh dibawa solat serta produk keluaran Bumiputera,” katanya ketika ditemui di pejabatnya Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Kamarul berkata, pihaknya menawarkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menjadi ejen, stokis atau pengedar di seluruh negara dengan keuntungan antara 20 hingga 60 peratus dengan hanya membeli enam set minyak wangi itu berharga RM192.

“Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 012-5407782 atau melayari blog, http://teachersperfume.blogspot.com,” katanya sambil menambah minyak wangi itu diinspirasikan daripada produk haruman jenama terkenal seperti Hugo Men, Valentino, Calvin Klein, Hugo Boss, Body Shop dan Paris Hilton.



Setiap kotak mengandungi empat botol wangian berbeza dengan kandungan empat mililiter dan ia dijual pada harga RM40 sekotak untuk Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak, RM45.



No comments: