Minda Sarjana taja Utusan Malaysia

Wangian hebat, Bau Melekat,Teachers Perfume
SUMBER DARI UTUSAN MALAYSIA

KEPALA BATAS 17 Mei - Pengedar produk wangian Teacher's Perfume, syarikat Minda Sarjana Enterprise hari ini mengedarkan 1,000 naskhah percuma akhbar Utusan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang dan Kedah.


Sebanyak 500 naskhah akhbar itu diedarkan kepada pelanggan Restoran Din Ikan Bakar di sini manakala 300 naskhah lagi di sekitar Pasar Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Syarikat tersebut turut mengedarkan 200 lagi naskhah akhbar Utusan Malaysia di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda juga dekat sini.


Pengurus Minda Sarjana, Jamaludin Hashim berkata, pengedaran naskhah percuma itu adalah bagi mempromosikan produk Teacher's Perfume keluaran syarikat bumiputera itu yang dilancarkan sejak Januari lalu.
"Tajaan ini juga adalah sempena sambutan Hari Guru sebagai komitmen syarikat kami dalam memberi pengiktirafan kepada warga pendidik yang menyumbang jasa dan bakti kepada pembangunan anak bangsa.
"Saya harap artikel mengenai Teacher's Perfume yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini mampu menarik lebih ramai pengguna untuk mencuba produk keluaran syarikat kami," katanya selepas mengedarkan akhbar itu di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan artikel mengenai produk wangian Teacher's Perfume yang mula mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun baru lima bulan berada di pasaran.


Diilhamkan dari produk haruman terkemuka seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome, Calvin Klein dan Valentino, Teacher's Perfume mempunyai kelebihan tersendiri kerana harumannya yang asli serta tahan lebih lama.
Bagi memantapkan operasinya, syarikatnya menggunakan konsep stokis, pengedar dan ejen bagi memasarkan Teacher's Perfume di seluruh negara termasuk mahu menembusi pasaran lebih luas di Sabah dan Sarawak.


Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai Teacher's Perfume boleh melayari laman web http://teachersperfume.blogspot.com atau menghubungi Jamaludin di talian 012-5407782.

No comments: